Pentadbiran

GURU BESAR
CHYE SUM MUI


PENOLONG KANAN KURIKULUM
NG CHIN SIEW


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
HO SIEW MOI


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ONG KUI LAN




Kata Alu - Aluan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas kerjasama dan tunjuk ajar Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang yang selama ini membantu sekolah ini dalam apajua perlaksanaan dan program yang diberikan.

Kecemerlangan akademik adalah matlamat dan unggul yang juga menjadi teras kepada semua pendidik di sekolah ini. Berbagai-bagai program akademik yang sedia ada dan program bar uterus dilaksanakan di semua peringkat mulai Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam.

Di peringkat akar umbi, kita berbangga dengan pencapaian UPSR sepanjang masa yang telah mencapai peratus keseluruhan yang amat baik dan pencapaian ini senantiasa dihargai oleh pihak yang berkenaan.

Beberapa orang murid sekolah ini telah dapat dipilih menyertai Program Titian Emas selepas memperolehi keputusan UPSR pada beberapa tahun yang lalu. Ini juga satu lagi kebanggaan sekolah yang boleh lihat ekoran daripada tungkus-lumus kami di sekolah ini.

Pada hemah saya, peningkatan kualiti akademik amat penting kerana ianya merupakan sember dan daya pengerak utama dalam pencapaian matlamat Wawasan Negara iaitu Wawasan 2020.

Sekian, terima kasih.

KURANGKAN KOS TINGKATKAN PRODUKTIVITI
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,





CHYE SUM MUI
Guru Besar
SJK© Lit Terk, Niyor,
Kluang, Johor.