Pentadbiran

GURU BESAR
CHYE SUM MUI


PENOLONG KANAN KURIKULUM
NG CHIN SIEW


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
HO SIEW MOI


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ONG KUI LAN




Kata Alu - Aluan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas kerjasama dan tunjuk ajar Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang yang selama ini membantu sekolah ini dalam apajua perlaksanaan dan program yang diberikan.

Kecemerlangan akademik adalah matlamat dan unggul yang juga menjadi teras kepada semua pendidik di sekolah ini. Berbagai-bagai program akademik yang sedia ada dan program bar uterus dilaksanakan di semua peringkat mulai Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam.

Di peringkat akar umbi, kita berbangga dengan pencapaian UPSR sepanjang masa yang telah mencapai peratus keseluruhan yang amat baik dan pencapaian ini senantiasa dihargai oleh pihak yang berkenaan.

Beberapa orang murid sekolah ini telah dapat dipilih menyertai Program Titian Emas selepas memperolehi keputusan UPSR pada beberapa tahun yang lalu. Ini juga satu lagi kebanggaan sekolah yang boleh lihat ekoran daripada tungkus-lumus kami di sekolah ini.

Pada hemah saya, peningkatan kualiti akademik amat penting kerana ianya merupakan sember dan daya pengerak utama dalam pencapaian matlamat Wawasan Negara iaitu Wawasan 2020.

Sekian, terima kasih.

KURANGKAN KOS TINGKATKAN PRODUKTIVITI
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,





CHYE SUM MUI
Guru Besar
SJK© Lit Terk, Niyor,
Kluang, Johor.

Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH

Bendera berkibaran,
Bersama-sama pergi ke sekolah,
Guru tekun mengajar,
Murid tekun belajar.

Berdisiplin dan berdedikasi,
Rajin usaha kejayaan,k
Janji usaha selalu,
Jadi bangsa berguna

Visi Dan Misi

VISI
SJK(C) LIT TERK MENJADI SEKOLAH
YANG CEMERLANG DALAM
KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
MENJELANG TAHUN 2010
MISI
SJK(C) LIT TERK BERUSAHA
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI
MURID DALAM BIDANG
KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Sejarah Ringkas Sekolah

Pengasas SJK(C) Lit Terk adalah dari sekumpulan cendekiawan dengan diketuai oleh Ng Hai Huan. Dengan tungkus-lumus mereka, sekolah ini telah berjaya dibina pada tahun 1932.

Pada masa zaman darurat, kerajaan telah mengadakan perintah berkurung. Sekolah terpaksa dipindahkan ke CEP Niyor pada tahun 1952. Pemi

Setelah perintah berkurung dimansuhkan pada tahun 1961, sekolah ini dipindah semula ke Kampung Niyor. Pada tahun 80an, dengan usaha penduduk kampong dan wakil rakyat tempatan, sekolah ini telah dilengkapi dengan Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Bilik Perpustakaan, Bilik Stor Sukan, Gelanggang Badminton dan Gelanggang Bola Keranjang.

Pada tahun 1993, Jemaah Pengurus Sekolah bersama PIBG sekolah telah berjaya mengutip derma untuk membina sebuah kantin dan pagar sekolah. Dengan usaha mempertingkatkan kebajikan guru dan ilmu pengetahuan murid-murid, Jemaah Pengurus Sekolah bersama PIBG Sekolah telah berjaya memohon peruntukan 2 buah computer dan tempat letak kereta guru daripada YB Hoo Seong Chang Ahli Parlimen Kawasan Kluang. Di samping itu, PPD Kluang pula memperuntukkan pasir dan tar untuk tapak letak kereta guru pada tahun 1996.

Kini, SJK(C) Lit Terk Niyor telah dilengkapi dengan segala kemudahan asas yang setanding dengan sekolah Bandar. Umpamanya Bilik Akses, Bilik Pemulihan Khas, ICT untuk PPSMI, Program Komputer Sekolah Kurang Murid di Parlimen Sembrong dan Bangunan Prasekolah.